loading...

DAP Kecam Poster Badut Lim Guan Eng, Gesa Polis Ambil Tindakan

GEORGE TOWN – Tindakan menaikkan poster pelekat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang digambarkan seperti badut ialah perbuatan keji, kata wakil rakyat negeri itu hari ini.

 

Adun Seri Delima R S N Rayer berkata mereka di belakang poster itu, yang dikesan kebanyakannya di Jelutong, ialah orang yang menyemai kebencian terhadap Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang.

 

Katanya, polis perlu bertindak cepat menahan dalang di sebalik poster itu, seperti dilakukan terhadap artis grafik Fahmi Reza, yang melukis karikatur terkenal menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut.

 

“Saya yakin polis boleh ambil tindakan sewajarnya untuk menangani perbuatan keji ini.

 

“Saya gesa mereka bertindak pantas seperti dalam kes membabitkan perdana menteri, polis perlu ambil tindakan serta-merta dan membawa penjahatnya ke depan,” kata ahli jawatankuasa DAP negeri itu kepada FMT.

 

Portal berita UmnoOnline melaporkan penyebaran poster gambar Guan Eng, ditampal di tiang lampu dan di jalanan baru-baru ini.

 

Dalam gambar yang diperoleh daripada portal itu, perkataan “Bersih 5.0” dengan karikatur Guan Eng tersenyum – hidung dan bibirnya berwarna merah – hampir sama dengan karikatur Najib yang dilukis Fahmi Reza.

 

Di bahagian bawah pelekat itu tertera tulisan, “Bersihkan Pulau Pinang daripada badut banglo”, disusuli dengan perkataan “Singkirkan badut itu” dalam bahasa Cina.

 

Fahmi, penggerak “Kita Semua Penghasut” dan karikatur Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jun di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, selepas memuat naik karikatur itu ke akaun Instagram miliknya.

 

Pada Julai, Fahmi didakwa atas kesalahan sama di Mahkamah Sesyen Ipoh. – FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...