JAKARTA – Seorang remaja yang bersenjatakan pisau dan cuba menikam seorang paderi di sebuah gereja semasa upacara hujung minggu taksub kumpulan pengganas IS, menurut seorang menteri kanan pada Isnin.
Pihak berkuasa Indonesia semakin bimbang akan kebangkitan radikalisme di negara majoriti penganut agama Islam terbesar dunia itu, didorong oleh generasi pelampau yang dipengaruhi IS.
“Daripada telefon bimbit yang dirampas pihak berkuasa, anak muda itu taksub dengan Abu Bakr al-Baghdadi,” kata Menteri Keselamatan Wiranto kepada pemberita, merujuk kepada pemimpin kumpulan militan Timur Tengah itu.
Menurut Wiranto, sepucuk nota tertulis “Saya sayangkan al-Baghdadi” ditemui dalam beg galas penyerang tetapi suspek tidak punyai kaitan dengan jaringan militan sedia ada.
Tiada kecederan parah dilaporkan
Suspek, dikenalpasti sebagai Ivan Armadi berusia 17 tahun sedang disoal siasat. Polis merampas bahan membikin bom daripada rumahnya selepas serangan itu dan menurut polis penyerang belajar menghasilkan bom daripada Internet.
Pegawai anti-pengganas berkata terdapat ratusan simpatisan IS di Indonesia, dimana majoriti penganut agama Islam mengamalkan bentuk ajaran yang sederhana. Indonesia mengalami serangan berkaitan IS yang pertama pada Januari, apabila empat orang tewas dalam serangan bom dan senjata api.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Polis Siasat Insiden Pekerja Kedai Minuman Dimaki ...

Pesawat Patah Balik, Juruterbang Lupa Bawa Pasport ...

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaj ...

Pajak Raya (astro) ...