loading...

Tun M Silap, Bangkitkan Isu Bangsa Johor

KOTA TINGGI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan kesilapan apabila membangkitkan isu bangsa Johor.

 

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tindakan itu memungkinkan Parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan diterima di negeri Johor.

 

Beliau berkata Tun Mahathir perlu faham konsep bangsa Johor sudah dipakai sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim pada 1920.

 

“Mantan Perdana Menteri (PM) saya tengok dari dulu tidak konsisten, minggu lepas minta maaf pada Raja-Raja Melayu kerana masa beliau memimpin, beliau meminda perlembagaan dan kita sokong. Tapi minggu ini, buat hal dengan Sultan Johor.

 

“Saya tengok dia bercakap tidak serupa bikin, dan akhirnya mempelawa dan mengundang nahas dan silap haribulan parti baharu diwujudkan dan tidak diterima seinci pun di Johor.

 

“Itu pertimbangan silap. Sama ada nak minta maaf atau tidak terserah dia,” tambah Hishammuddin.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pengerang di sini pada Sabtu.

 

Tun Mahathir sebelum itu mengeluarlan kenyataan bahawa perpaduan dalam kalangan rakyat boleh diruntuhkan sekiranya rakyat lebih banyak mengamalkan konsep kenegerian.

 

Katanya, rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia daripada menggelar Bangsa Johor atau Kedah misalnya, kerana negara akan lebih makmur sekiranya semua bersatu.-Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...