PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak terkenal, Along Cham melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah, di sini hari ini.
Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, melafazkan talak satu itu pada jam 10.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah selepas membenarkan permohonan yang difailkan Along.
Along selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu terhadap Zila mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Selain cerai, Along turut memfailkan nusyuz terhadap Zila pada 12 Mei lalu.
Along diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala Zila diwakili Nurul Aini Yusuff.
Terdahulu, Along melangsungkan perkahwinan dengan Zila atau nama sebernanya, Nur Azilah Seeron, 28, pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW