loading...

Banduan terlepas suruh polis guna gambar cantik

SYDNEY – AUSTRALIA. Seorang banduan wanita melarikan diri menyuruh polis menggunakan fotonya yang lebih cantik dalam sebuah perkongsian di Facebook.

 

25 Ogos lepas, 7 News Sydney mengumumkan polis Sydney mencari Amy Sharp, 18 yang melarikan diri dari kompleks penjara Surry Hills Corrective Services sejak 19 Ogos lalu.

 

Sembilan jam selepas perkongsian tersebut, Amy memberi komen di perkongsian tersebut supaya menggunakan fotonya ‘yang lebih elok’ dari foto yang dikongsi oleh 7 News Sydney.

 

“Boleh tak awak guna gambar ini? Terima kasih. yang ikhlas, Amy Sharp,” kata Amy sambil menyertakan sebuah foto.

 

Tindakan Amy menyebabkan pelayar laman sosial ‘hilang akal’.

 

“Tolong kahwini saya,” kata Mossab.

 

“Awak perlu diberikan pingat ‘si gila’,” kata Lor WB.

 

Pihak berkuasa Sydney bagaimanapun berjaya menangkap Amy di Wentworth Park, beberapa jam kemudian hari yang sama.

 

Amy sebelum ini dipenjarakan selepas didapati bersalah berkaitan kerosakan hartanah (property offences).-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...