loading...

Rakyat Perlu Jaga Kesihatan Kata Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai mengambil langkah perlu bagi menjaga kesihatan terutama bagi kanak-kanak dan warga emas berikutan masalah jerebu yang kembali ke beberapa lokasi di negara ini.

 

Najib berkata menerusi entri terbaru di laman sosial Facebooknya, hari ini, kerajaan akan memantau situasi semasa dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah itu.

 

“Di luar pejabat saya nampak macam jerebu sudah kembali, juga di beberapa tempat lain. Kalau kawasan anda terbabit, ambil langkah jaga kesihatan, terutama bagi anak-anak kecil dan warga emas.

 

“Kerajaan akan terus memantau situasi ini dan ambil tindakan sewajarnya,” tulisnya.

 

Terdahulu, Cheras mencatatkan peningkatan secara mendadak bagi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori sederhana iaitu sebanyak 84, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan mencatatkan bacaan IPU yang tertinggi sehingga jam 2 petang tadi, berbanding bacaan 68 pada jam 1 petang.

 

Semalam, bacaan IPU di Melaka di dua daerahnya iaitu Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatatkan bacaan yang tertinggi dalam kategori sederhana iaitu sebanyak 85 dan 83, sehingga jam 11 malam.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...