PUTRAJAYA – Peratusan penyakit kanser pangkal rahim yang kini merupakan kanser kelima tertinggi di negara ini boleh berkurangan dalam tempoh 15 hingga 20 tahun dari sekarang sekiranya langkah-langkah pencegahan awal diutamakan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini tahap pendidikan mengenai bahaya kanser dalam kalangan masyarakat negara ini masih rendah dan itu amat membimbangkan.
Sehubungan itu, kata beliau, kementerian untuk kali kedua telah mengeluarkan panduan amalan klinikal kanser servik edisi kedua sebagai rujukan lebih terperinci untuk masyarakat di negara ini termasuk pakar perubatan dan umum.
“Buat masa ini kebanyakan kanser servik dikesan di peringkat yang lewat dan hanya kira-kira 55 peratus berjaya dikesan di peringkat awal. Diharapkan panduan amalan klinikal yang dihasilkan dapat membantu masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan panduan amalan klinikal kanser servik edisi kedua di Institut Kanser Negara di sini hari ini.
Noor Hisham berkata, setakat
Lima pusat itu katanya, di Hospital Ampang, Kuala Lumpur; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah; Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru; Hospital Sarawak, Kuching dan Hospital Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Walau bagaimanapun katanya, kementerian dalam usaha mempertingkatkan bilangan pakar dan pusat rawatan agar lebih banyak pusat rawatan kanser dapat dibina di hospital-hospital di seluruh negara memandangkan jumlah pesakit kanser semakin bertambah.
Selain itu katanya, kementerian turut menekankan mengenai suntikan pelalian virus papilloma manusia (HPV) bagi mencegah penularan kanser servik yang dilaksanakan untuk pelajar perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara.
Tambahnya, kementerian juga menggalakkan wanita berusia 30 tahun ke atas agar menjalani ujian pap smear mengikut keperluan sebagai langkah pencegahan awal terhadap kanser servik. – Utusan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Budak 12 Tahun Hancur Tangan Kiri Akibat Letupan M ...

Pikap Gagal Memotong, Enam Sekeluarga Nyaris Maut ...

Rapid Kl On-demand Kini Boleh Bayar Guna Kad Debit ...

#hiburan: Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanit ...