loading...

Dua Peniaga Didakwa Buat Tuntutan Palsu GST

IPOH – Dua peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 tuduhan membuat tuntutan palsu dalam Penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak September tahun lalu sehingga Mei lalu.

 

Tertuduh, Ahmad Zawawi Abdul Rahim, 49, menghadapi tujuh pertuduhan manakala Mok Siew Khuen, 49, menghadapi lima pertuduhan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

 

Ahmad Zawawi dituduh membuat tuntutan palsu keseluruhan berjumlah RM588,808 bagi tempoh bercukai daripada 1 Jun tahun lalu sehingga 30 April lalu.

 

Manakala, Siew Khuen membuat tuntutan palsu keseluruhan berjumlah RM356,314.50 bagi tempoh bercukai daripada 1 Disember tahun lalu sehingga 31 Mac lalu.

 

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 89 (1)(b) Akta GST 2014 yang membawa hukuman minimum 10 kali ganda amaun tuntutan dan maksimum 20 kali ganda atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan.

 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan manakala kedua-dua tertuduh diwakili NP Ramachandran dan Awatif Ahmad Bashir.

 

Ikmal Hishan kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM700,000 dengan seorang penjamin kepada Ahmad Zawawi dan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin kepada Siew Khuen manakala kes akan disebut semula pada 30 September ini. – HMetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...