Baru-baru ini kecoh apabila gambar Ruhainies sedang memilih barang kemas tersebar dan dikatakan sedang merancang untuk berkahwin dengan Datuk Seri Adnan Abu. Walaupun Ruhainis menepis dakwaan itu, tetapi kini timbul pula spekulasi mengatakan Datuk Red sebenarnya telah menceraikan isteri keduanya, Adira untuk berkahwin dengan Ruhainies.
BACA: Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red
“Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip
Selain menafikan gosip mengatakan beliau mengambil keputusan untuk menceraikan Adira dan berkahwin dengan Ruhainies, ketika ditanya mengenai kehadiran Ruhainis di kedai barang kemas tempoh hari pula, Datuk Red memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, malah beliau meminta untuk bertanya kepada Ruhainies sendiri.
Dalam masa yang sama Datuk Red turut bercerita mengenai perkembangan Adira yang kini sedang hamil. Menurutnya, Adira dalam keadaan sihat selain sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi. Beliau pula kini sedang sibuk mencari nama yang sesuai untuk bayi itu walaupun masih belum mengetahui jantinanya.
Terdahulu, Ruhainies telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan beliau sedang memilih barang kemas. Namun disebalik gambar tersebut, terpalit pula nama Datuk Red. Namun Ruhainies tampil menjelaskan bahawa beliau hanya memenuhi undangan bagi pihak tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan, dan ianya tiada kaitan dengan Datuk Red. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Kes Abang Belon Dan Dbkl: Polis Rakam Keterangan ...

Sukses Capai Jualan Rm250 Juta Sebelum Raya, Kontr ...

Ops Cenderawasih: Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih ...

Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pe ...