loading...

Pengerusi bank bergelar Tan Sri direman 7 hari

PUTRAJAYA – Pengerusi sebuah bank bergelar Tan Sri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung penyelewengan dana penerbitan buku biografi tokoh pemimpin negara direman tujuh hari bermula hari ini.

 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

 

Sumber berkata, lelaki berusia 60 an itu tiba di perkarangan mahkamah jam 9.10 pagi ditemani pegawai SPRM.

 

“Kes akan di siasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,”katanya.

 

Lelaki itu ditahan semalam di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan berhubung kes itu.

 

Wang hampir RM1juta di dalam akaun bank Tan Sri itu dibekukan SPRM.

 

Tan Sri merupakan orang ketiga dari bank beriatan kerajaan itu ditahan bagi kes yang sama.

 

Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.-Sinar

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...