loading...

Menteri India Minta Pelancong Tidak Pakai Skirt

NEW DELHI – Selepas dikritik hebat, Menteri Pelancongan India menjelaskan kenyataannya mencadangkan pelancong wanita tidak memakai skirt di negara itu hanya merujuk lokasi tempat beribadat.

 

Ketika bercakap kepada media di bandar Agra kelmarin, Mahesh Sharma berkata pelancong akan diberikan “senarai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di lapangan terbang yang akan menasihati mereka untuk tidak memakai skirt atau keluar seorang diri pada waktu malam di bandar kecil.”

 

“Untuk keselamatan mereka, pelancong wanita asing tidak sepatutnya memakai baju pendek dan skirt,” katanya.

 

“Budaya India adalah berbeza daripada Barat.” Komen Sharma yang mengundang kritikan di dalam dan luar negara, menjelaskan semalam bahawa beliau merujuk hanya kepada tempat ibadat dan membuat kenyataan atas dasar rasa bimbang.

 

“Saya sebenarnya bercakap mengenai tempat-tempat ibadat seperti kuil. Saya tidak mengulas mengenai apa yang wanita harus atau tidak harus pakai.

 

“Saya bapa kepada dua anak perempuan, saya tidak boleh meletakkan larangan ke atas apa yang dipakai oleh wanita,” kata Sharma. “Larangan seperti itu tidak dapat saya bayangkan, tetapi tidak salah untuk kita berhati-hati,” katanya.

 

Walaupun selepas cuba menyangkal segala tohmahan, ramai tetap mengkritik beliau dalam talian. Sharma, ahli Parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata, sebelum ini juga pernah dikritik kerana komen kontroversi beliau mengenai wanita.

 

Tahun lalu, beliau berkata “keluar malam untuk perempuan bukan sebahagian daripada budaya India” dan menambah beliau akan mempertahankan India dari “pencerobohan budaya Barat.” – Agensi

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...