Pada tahun 2022, terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Untuk yang telepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.
Pengenalan PPRT
Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Bantuan PPRT
Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:
- Orang Kelaina Upaya – OKU
- Mangsa bencana alam yang berskala kecil
- Warga Emas
- Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
- Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
Jenis Kategori Rumah PPRT
Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :
1) Baik Pulih
a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting :
- Penambah baikan
- Penyelenggaraan
- Permintaan
b) Syarat program bantuan baik pulih rumah
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : info@ruralink.gov.my
- Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.
- Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.
2) Bina Baru
Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.
Panduan Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 Secara Online
Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :- Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
- Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
- Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
- Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT, anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : info@ruralink.gov.my