loading...

Cara Mohon e-Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 2 ~ Pengeluaran Khas Yang Dibenarkan Mengikut Syarat

 




Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain. 

Tujuan Pengeluaran KWSP

Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut;
  1. Pengeluaran untuk membeli rumah
  2. Pengeluaran untuk membina rumah
  3. Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
  4. Rawatan perubatan
  5. Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
  6. Pengeluran untuk pendidikan

Syarat Kelayakan 

Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:
  1. Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  2. Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  3. Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  4. Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP

Cara Membuat Pengeluaran Online

Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.

Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP


2. Klik menu 'Pengeluaran'


3. Kemudian klik 'Permohonan Baru'
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.


6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.


8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.


Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?

Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.

Semoga bermanfaat!


Sumber : edubestari.com
Previous
Next Post »
loading...