Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini telah mengeluarkan jadual tarikh tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi bulan September 2022.
Tarikh pembayaran ini adalah bagi pembayaran fasa 3 dan tuntutan bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Jadual Bayaran BKM Fasa 3
Berikut merupakan jadual yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak BKM sendiri.Daripada jadual tersebut, kita boleh lihat bahawa bagi kemaskini yang dibuka pada bulan Ogos 2022 ini, tuntutan bayaran boleh dibuat pada 8 September 2022.
Daripada jadual di atas, pembayaran fasa 3 BKM berkemungkin akan diterima oleh para penerima BKM pada 5 hingga 8 September 2022. Ianya bersamaan hari Isnin hingga Khamis pada minggu kedua bulan September tahun ini.
Bagaimanapun, masih belum ada pengumuman rasmi yang diiumumkan. Ianya tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan.
Semakan Status BKM Fasa 3
Sementara itu, jika anda ingin semak status permohonan BKM, anda boleh lawati laman web bkm.hasil.gov.myTujuan Kemaskini BKM
Bagi yang masih tertanya-tanya apakah tujuan kemaskini yang dibuat sebelum ini. Ianya adalah untuk membuat sebarang penukaran maklumat-maklumat yang melibatkan;- Nombor Telefon Rumah
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat e-Mel
- Nama dan Nombor Akaun Bank*
- Maklumat Wakil
- Terhad kepada akaun bank pemohon
Jangkaan Bayaran BKM Fasa 3 Dibayar
Bayaran bagi BKM Fasa 3 dijangkakan akan mula dilaksanakan pada minggu kedua bulan September 2022.Sumber - upnd.com.my