loading...

Shabery Kunjungi Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Guangxi

NANNING – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengetuai delegasi Malaysia mengunjungi Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Guangxi, Parti Komunis China (CPC) Peng Qing Hua di sini pada Khamis.

Ahmad Shabery, yang tiba di Nanning awal hari ini untuk menghadiri Festival Durian Malaysia 2017 selama tiga hari bermula esok, diiringi Konsul Jeneral Malaysia di Nanning Bong Yik Jui, Timbalan Ketua Setiausaha kementeriannya Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan dan para pegawai kanan agensi kementerian yang berkaitan.

Dalam pertemuan selama kira-kira 30 minit itu, Ahmad Shabery menyampaikan penghargaan Malaysia atas sokongan Provinsi Guangxi bagi menjayakan penganjuran festival itu.

Selain durian Musang King, kedua-dua pihak turut membincangkan kemungkinan produk lain Malaysia dieksport ke provinsi itu termasuk sarang burung yang mendapat permintaan tinggi.

Di samping lima tan ‘Musang King’, produk buah-buahan seperti nangka madu dan nanas, serta produk industri asas tani lain juga akan dihantar ke festival itu.

Festival itu akan menyediakan platform kepada usahawan yang terbabit untuk menyertai sesi pemadanan perniagaan yang telah diatur dengan 400 usahawan China. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...