loading...

Sam Dilabel Biadap Campak Hadiah Zizan

Baru-baru ini Shaheizy Sam dan Zizan Razak menjadi tetamu untuk program MeleTOP bagi mempromosikan drama terbaru. Turut hadir bersama, Syatilla Melvin dan anaknya. Apa yang menjadi perhatian, reaksi Sam ketika menerima hadiah kasut untuk anaknya daripada Zizan.

BACA: Shaheizy Sam Seksa Diri Demi Pinjamkan Hatiku?

Dalam video tersebut, Zizan telah menghadiahkan sepasang kasut berjenama mahal kepada anak pasangan itu, reaksi spontan Sam mencampak kasut tersebut kononnya sebagai gurauan nampaknya tidak disenangi peminat, selain melabelkan pelakon tersebut, biadap.

Selain Sam, ramai juga mempersoalkan reaksi ‘terlebih jujur’ Syatilla yang bersahaja memberitahu mereka sudah mempunyai kasut yang diberikan Zizan, di depan khalayak ramai. Terkedu juga Zizan melihat respon spontan pasangan terbabit dalam video itu.


Mungkin Zizan tidak berkecil hati dengan reaksi mereka, dan mungkin ianya hanyalah sekadar gurauan tetapi biarlah beradap, apalagi di depan kamera. Biarpun sudah berpuluh pasang kasut sebegitu di rumah, sebagai hadiah kita patut menerima dan menghargainya.

Bagaimanapun dalam entri terbaru, Sam sempat memberi ucapan penghargaan kepada Zizan diatas hadiah kasut terbabit berserta dengan gambar anaknya memakai kasut tersebut. Harapnya Sam lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling selepas ini. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...