loading...

Sikap Rakyat Malaysia Yang Kerja Di Korea Selatan Yang Membuatkan Imej Negara Kita Tercemar

Penulisan ini ditulis Muhamad Khalid Ismail di laman Facebooknya dan pihak iluminasi mengulang siar penulisan ini dan diolah oleh, untuk manfaat bersama.

*sambungan daripada artikel : Perihal Peluang Kerja Di Korea Selatan Dan Risiko Yang Anda Perlu Tahu

adib zizan

Saban hari ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke Korea Selatan demi mencari sesuap nasi. Memang tak dinafikan gajinya agak lumayan, dan juga ramai di antara mereka yang ditipu oleh agen-agen. Namun, apa sekalipun yang anda lakukan, dan ke mana sahaja anda membawa diri, anda sedang membawa imej Malaysia di bahu anda.

Jadi, anda bertanggungjawab untuk menjaga nama baik Malaysia di mata dunia. Bagi saudara Muhamad Khalid Bin Ismail yang menetap lebih dari 10 tahun di Korea Selatan, dan mempunyai seorang isteri warga Korea Selatan, beliau mempunyai beberapa nasihat kepada mereka yang bekerja di negara tersebut.

Sekiranya anda masih mahu mengambil risiko dan ke Korea Selatan untuk bekerja, sila ambil berat perkara di bawah :

1. Bersedia dari segi mental dan sanggup mengambil risiko

kerja ladang di korea selatan

Anda datang bekerja di sini tanpa permit, anda perlulah bersedia dari segi mental dan sangup mengambil segala risiko. Janganlah nanti dikemudian hari jika berlaku kemalangan atau jatuh sakit, barulah anda mencari ehsan rakyat malaysia yang gaji tak sebesar di Korea untuk membantu anda membayar bil hospital. 

Saya taknak lah nanti anda susah disini nanti, tiada siapa yang sudi monolong. Kesian nanti keluarga di Malaysia. Orang kata, masa dapat gaji besar "poyo" jer dengan gaji, tapi kalau dah sakit baru nak ingat dunia. 

2. Janganlah selalu update status Facebook dan media sosial anda

adib zizan kerja di ladang kubis

Ingatlah anda tiada permit yang sah, senanglah pihak berkuasa mahu mengesan dan menangkap anda. Silap hari bulan, esok masuk depot tahanan. Kalau tak pun rakyat malaysia yang duduk diam-diam bekerja pun kena tempias disebabkan perbuatan "poyo" anda.

Kebelakangan ini juga, saya dengar ramai rakyat Malaysia yang datang melancong ke Korea turut di sekat dan dihantar pulang kerana pihak imigresen suspek mahu datang bekerja. Lama lama nanti cam Australia lah kot.

3. Tinggalkan perangai buruk anda di Malaysia dan jagalah penampilan

Maaf berkata tapi rata-rata yang saya jumpa berpakaian tidak kemas dan selekeh atau pun ala-ala kumpulan rock ataupun budget hebat. Ngan ramput panjang tak terurus lagi, tak pun rambut perang tapi muka hitam legam.

Lepas tu berkumpul ramai-ramai di kedai makan atau tepi jalan sambil tengok awek korea. Lepas tengok ramai dan buat bunyi acah-acah mahu mengorat awek macam kat Malaysia. Ketahuilah anda bahawa dengan pemakaian dan perangai seperti tu, orang korea pandang anda sebelah mata je. Samalah seperti orang malaysia pandang pekerja indonesia/bangladesh jer. 

Wife saya pun cakap benda sama setiap kali pergi Itaewon dan berjumpa dengan rakyat malaysia yang bekerja di sini. Buat malu jer. Janganlah merosakkan imej Malaysia. 

Saya sebenarkan sangat galakkan anda keluar pergi dan menimba pengalaman di tempat orang, tapi datanglah secara sah. Barulah hidup aman. Akhir kata, semoga entri ini bermanfaat kepada anda. Sudi-sudilah share untuk bagi peringatan bagi sesiapa yang mahu datang bekerja Kilang atau ladang di Korea. 

Previous
Next Post »
loading...