Kehilangan ibu tercinta merupakan satu perkara yang palin pilu untuk dilalui oleh seorang anak. Begitu juga apa yang dihadapi oleh Zul Ariffin malah dia turut terkilan kerana tidak sempat untuk membawa ibunya ke Tanah Suci Mekah.
BACA: Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia
“Ketika ini, banyak tawaran yang terpaksa saya ketepikan kerana saya seperti hilang arah tuju. Saya benar-benar rasa kehilangan. Di hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang, sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini”
“Mungkin saya menyimpan rasa terkilan kerana tidak sempat bersama arwah pada saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Ketika saya tiba, arwah sudah tutup mata. Ia sangat memberi kesan pada jiwa saya,” jelasnya.
Sementara itu, Zul turut berkongsikan kepada BH Plus bahawa dia sempat meluangkan masa beberapa hari sebelum ibunya pergi malah turut menyatakan hasrat untul membawa jantung hatinya itu untuk menunaikan umrah bersama.
“Saya bersyukur sempat berbual panjang dan keluar bersama arwah beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Entah kenapa saya tergerak hati memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan kepadanya. Saya memberitahu perancangan mengajaknya bercuti ke Dubai, seterusnya menunaikan umrah di Makkah, bulan depan”
“Hasrat saya mahu membawa ibu ke Dubai dan menunaikan umrah tidak kesampaian. Saya terbang juga ke Dubai untuk membawa hati dengan ditemani abang angkat dan keluarganya. Insya-Allah, bulan depan saya menunaikan umrah,” kongsinya. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW