TUMPAT – Niat jahat seorang lelaki yang ingin meletupkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, gagal selepas ditahan dalam sekatan jalan raya.
Suspek yang berusia 30-an itu menunggang motosikal sebelum ditahan di sekatan jalan raya Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Chabang Empat Salam, Rantau Panjang berikutan kelihatan mencurigakan, pukul 11.30 malam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, suspek yang berasal dari Pandamaran, Klang, Selangor itu malah cuba bertindak agresif dan sempat bergelut dengan pihak berkuasa ketika ditahan.
“Hasil soal siasat lanjut dibuat terhadap suspek yang datang dengan menaiki Yamaha Lagenda itu mengaku memang ingin meletupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang dan pondok kawalan Aksem di situ.
“Pemeriksaan
Hasanuddin mengesahkan demikian ketika sidang media, di sini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, hari ini. Beliau berkata, suspek dalam senarai dikehendaki untuk kes di bawah Seksyen 6 (1) Akta Senjata Berbahaya 1958.
Lelaki berkenaan malah turut mempunyai rekod berkaitan dadah. Hasil saringan mendapati suspek positif methampethamine dan kini ditahan untuk siasatan lanjut sama ada mengalami masalah mental atau tidak.
Terdahulu Hasanuddin menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Tumpat iaitu Superintendan Ab. Rashid Mat Daud yang menggantikan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Penjara 6 Bulan Ganti Denda Terhadap Lelaki Rakam, ...

Eos R50 V: Kamera Kompak, Sensor Aps-c, Sesuai Unt ...

Gempa Bumi Myanmar: Malaysia Sedia Bantu, Ucap Tak ...

Cik Epal Reward Diri, Beli Kereta Mewah Mercedes B ...