loading...

As’ad Motawh Respon Isu Malukan Malaysia

punca sebenar as ad motawh tak dapat menyanyi dengan baik 1

Kredit foto: Instagram As’ad Motawh

Susulan kegagalannya menyanyi dengan baik dalam sebuah program di Indonesia baru-baru ini, penyanyi baru As’ad Motawh memuat naik satu keratan artikel Indonesia yang menerangkan punca sebenar masalahnya itu.

As’ad atau nama sebenarnya, As'ad Ahmad Muhammad Motawh, 16, berkongsi artikel berkenaan menerusi Insta Story miliknya pada Khamis.

Dalam artikel tersebut, As'ad menjelaskan, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sihat hingga menjejaskan mutu suaranya.

punca sebenar as ad motawh tak dapat menyanyi dengan baik 2

Kredit foto: Astro Gempak

Keratan artikel itu antara lain turut mendedahkan kecaman 'haters' terhadap pendirian As’ad yang tidak mahu menyentuh wanita bukan muhrim.

Ini kerana mereka menganggap beliau hanya bersikap hipokrit.

punca sebenar as ad motawh tak dapat menyanyi dengan baik 3

Kredit foto: Astro Gempak

Terdahulu, As'ad dikutuk teruk kerana gagal menyempurnakan lagu Asal Kau Bahagia bersama Armada Band sehingga persembahannya dikatakan telah memalukan Malaysia.

Tak kurang As'ad dianggap sebagai penyanyi yang hanya mempertaruhkan paras rupa semata-mata.

Sumber berita: Astro Gempak
Previous
Next Post »
loading...