loading...

Vin Diesel Pelakon Termahal 2017 RM6.5 Bilion

Tahun ini menyaksikan dua bintang utama filem Fast and Furious 8, Vin Diesel dan The Rock dinobatkan sebagai pelakon termahal untuk tahun 2017.

Filem box office itu juga meletakkan Vin Diesel di tempat pertama dengan pendapatan tertinggi sebanyak AS$ 1.6 bilion (RM6.5 bilion).

Sumber pendapatan Vin Diesel juga turut dipengaruhi oleh dua buah filem lakonannya iaitu xXx: Return of Xander Cage dan Guardians of the Galaxy Vol.2.

The Rock menduduki tempat kedua dengan jumlah pendapatan AS$ 1.5 bilion (RM6 bilion). Tahun lalu The Rock dinobatkan pelakon termahal, namun jatuh di tempat kedua memandangkan filem Baywatch lakonannya gagal mendapat kutipan pecah panggung.

Bintang utama Wonder Woman, Gal Gadot pula tersenarai di tempat ketiga dengan pendapatan sebanyak AS$ 1.4 bilion (RM5.6 bilion).

Senarao 10 pelakon Hollywood yang mendapat bayaran tertinggi dan termahal sepanjang tahun 2017.

1. Vin Diesel (AS$ 1.6 bilion)

2. Dwayne Johnson/ The Rock (AS$ 1.5 bilion)

3. Gal Gadot (AS$ 1.4 bilion)

4. Emma Watson (AS$ 1.3 bilion)

5. Johnny Depp (AS$ 1.1 bilion)

6. Daisy Ridley (AS$ 1.08 bilion)

7. Tom Holland (AS$ 888 juta)

8. Chris Pratt (AS$ 864 juta)

9. Chris Hemsworth (AS$ 845 juta)

10. John Boyega (AS$ 815 juta)

Sumber: Astro Gempak



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...