loading...

The Takumi : Pakar Enjin Disebalik Pembikinan Semua Enjin Nissan GTR

Istilah "takumi" digunakan di Jepun untuk menggambarkan seorang pakar dalam pertukangan yang mana menghabiskan kebanyakan masanya dalam menyempurnakan kemahiran dalam sesuatu bidang. Istilah atau gelaran ini hanya layak diberikan kepada mereka yang betul-betul hebat dalam pekerjaan mereka. 

Dan di kilang Nissan di Yokohama, Jepun, gelaran ini hanya diberikan kepada 4 individu yang telah banyak berjasa kepada mereka. Mereka berempat ini adalah pencipta dan pemasang tunggal enjin kereta yang dianggap sebagai antara kereta sport paling hebat dalam sejarah automotif, Skyline GTR.

the takumi di nissan yokohama

4 pakar tersebut adalah Takumi Kurosawa, Nobumitsu Gozu, Tsunemi Ooyama dan Izumi Shioya. Jika dihitung pengalaman hebat masing-masing dalam bidang automotif, ia melebihi 100 tahun secara kolektif.

Merekalah individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan setiap enjin V-6 twin turbo dengan 545 kuasa kuda yang dipasangkan pada Nissan GT-R. Setiap enjin dipasang dengan penuh teliti dan rapi oleh takumi.

the takumi bertanggungjawab dalam penghasilan enjin nissan gtr

Dan setelah setiap enjin disiapkan yang memakan masa hampir 6 jam, mereka dengan bangganya memasang plak yang mempunyai nama mereka pada enjin berkenaan. Ia sebagai lambang dan peringatan terhadap tahap kepakaran yang diberikan kepada setiap hasil kerja.

"Dengan memasang nama saya pada blok enjin, saya berasa saya mewakili nisan dan dianggap sebagai pembina enjin GT-R. Saya berasa sangat bangga," - Takumi Kurosawa.

Penghasilan enjin menggunakan robot pada abad ke-21 adalah perkara biasa, namun di Nissan Yokohama mengawal bilik pemasangan yang memasang hampir 374 komponen enjin, kekal sebagai kerja tangan.

the takumi bertanggungjawab dalam pemasangan enjin nissan gtr

Ketika pengeluaran GT-R bermula pada tahun 2007, pelarasan pelepasan injap adalah dilakukan oleh mesin, namun kini semuanya menggunakan tangan. Daripada mengukur, mengetatkan dan mengukur kembali. Selepas semakan dan pengesahan secara manual, barulah ianya dihantar kepada pelanggan.

Jika anda hanya mahu memasang enjin GT-R, individu yang berkemahiran mampu mempelajarinya dalam masa 3 hingga 4 bulan. Tapi GT-R digunakan untuk bersiar-siar, atau dipandu dengan kelajuan 320 kilometer sejam di atas litar lumba, jadi ketepatan yang jitu adalah satu kemestian bagi setiap komponen enjin.

walaupun sudah lama dalam menghasilkan enjin the takumi masih mencari kesempurnaan

Kagum dengan penghasilan enjin hebat itu, ramai pemilik GT-R telah berkunjung ke kilang di Yokohama untuk bertemu dengan takumi. Malah, pengacara terkenal dari Amerika Syarikat, Jay Leno juga sempat berkunjung ke sana.

Di situ, mereka dapat melihat kehebatan teknologi dan tahap efisyen yang tinggi yang dimiliki kilang Nissan Yokohama. Setelah hampir 80 tahun beroperasi, hampir 35 juta enjin dihasilkan di kilang ini, termasuklah enjin VR38 yang terdapat pada Nissan R35.

the takumi memberikan sepenuhnya dalam menghasilkan enjin nissan gtr

Bagi Takumi, mereka bukan sahaja bertanggungjawab dalam memasang enjin tetapi juga menilai kualiti bahagian dan menjamin ketepatan enjin. Setiap enjin GT-R dihasilkan dengan tangan, oleh seorang takumi, dan inilah merupakan perbezaan daripada enjin-enjin yang lain.

the takumi bangga nama mereka diabadikan pada setiap enjin nissan gtr

Walaupun sudah hampir 20 tahun membina enjin, Izumi Shioya masih mencari kesempurnaan dalam hasil kerjanya.

"Apa yang saya anggap sebagai "enjin sempurna" adalah enjin saya yakin akan memberikan prestasi terbaik," - Izumi Shioya

Walaupun kad nama takumi tidak menyebut status mereka sebagai antara tukang enjin terbaik dunia, namun penghargaan tertinggi dirasai apabila hasil kerja mereka siap, dengan nama dipahatkan pada setiap enjin GT-R, untuk selamanya.

Previous
Next Post »
loading...