loading...

Hafiz Suip, Isteri Sambut Kelahiran Anak Sulung

Bakal menutup tirai tahun 2017, Hafiz Suip dan isteri telah selamat menimang cahaya mata sulung pada awal pagi tadi. Menerusi Instagram, Hafiz berkongsi berita itu berserta dengan ucapan terima kasih buat isterinya.

BACA: Bakal Jadi Bapa, Hafiz Suip Buang Sifat Pemarah

“Bersyukur ke hadrat illahi di atas kurnia-Nya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini. Jutaan terima kasih kepada isteri saya Nureffy Jesreel untuk momen indah dan tahun paling bahagia ini”

“Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua, tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua,” katanya kepada m Star Online.

Bagaimanapun menerusi perkongsian itu, Hafiz belum memaklumkan jantina bayi mereka. Apapun tahniah diucapkan kepada Hafiz dan isteri diatas kelahiran anak sulung. Semoga segala perancangan dipermudahkan. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...