Ada yang kesal dan ada juga yang tudak henti-henti mendoakan agar Safiey Ilias kembali ke pangkal jalan. Ini berikutan beberapa muatnaik gambar usahawan ini di laman sosial yang memberikan gambaran seakan kembali menjadi wanita.
BACA: “Kenapa Safiey Ilias Jadi Perempuan Semula?”
Bagaimanapun dalam muatnaik paling terbaru, Safiey berkongsikan video pembedahan yang dilakukan di bahagian dagunya yang berkemungkinan adalah kesan daripada pembedahan membuang silikon di bahagian tersebut.
Namun sebelum itu, mungkin tidak tahan dengan kecaman yang diterima di laman sosial, Safiey menyatakan rasa sedih dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi apabila dia kembali berhibur dan menggayakan pakaian wanita.
“Bukan pasal mempersenda agama atau
“Bila kita hijrah, ramai pulak ‘rakan’ baru nak tumpang nama dan glamour kata saya lah sebab mereka berhijrah. Kadang-kadang jangan suka label orang macam-macam sebab kita tak faham apa yg mereka lalui,” jelasnya.
Sementara itu, dalam fasa sekejap jadi wanita dan sekejap bertukar lelaki semula ini juga, jutawan kosmetik ini dapat melihat perwatakan sebenar rakan-rakan sekeliling.
“Masa ni kita jumpa siapa kawan siapa lawan. Siapa mengampu siapa penjilat. Paling sedih yang kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun cakap macam dekat kita. Tp takpelah, tu bukan dosa kot. Huhu. Apa-apa pun, tunggu 31 Disember ni,” katanya lagi.
Jika diikutkan, pastinya pengumaman nanti adalah sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pemasaran produk Safiey. Apa pun, semoga semuanya baik-baik belaka. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pe ...

Dulu Penyanyi Solo Popular, Netizen Terkejut Lihat ...

Google Pixel 9a: Spesifikasi, Varian, Harga, Kamer ...

Baru Sebulan Kahwin, Mimi Lana Harap Tiada Soalan ...