loading...

Selepas A Aida Dedah Hubungan Mereka, Ini Pula Kata Ahya Rosli

selepas a aida dedah hubungan mereka ini pula kata ahya rosli 1

Aktor dan model Ahya Rosli mengakui sedang mengenali hati budi penerbit Datuk A Aida.

Ahya atau nama penuhnya, Ahya Ulumuddin Rosli, 30, berkata hubungan mereka mula rapat selepas menunaikan ibadah umrah bersama-sama, baru-baru ini.

"Dia seorang yang positif, kuat bekerja dan penyayang. Dia juga baik dengan keluarga saya.

"Kami sudah kenal lama tapi sejak pergi umrah bersama-sama baru betul-betul rapat. Boleh dikatakan kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing," ujarnya memetik laporan portal Mstar Online.

selepas a aida dedah hubungan mereka ini pula kata ahya rosli 2

Ahya mengulas gosip hubungan cintanya dengan Aida yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Tidak menolak jika jodohnya ditakdirkan dengan penerbit berumur 47 tahun itu, Ahya memberitahu hubungan keluarganya dengan wanita itu juga amat baik.

"Kalau sudah jodoh saya terima sahaja, Allah itu maha mengetahui. Apa salahnya, keluarga saya juga sukakan dia," ujarnya.

Anak bujang kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini mengerjakan umrah di Makkah bersama keluarganya pada 27 November lepas.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan tentang perbezaan umur mereka hampir 17 tahun, Ahya berkata, dia tidak melihat ia sebagai satu isu melainkan hanya perbezaan pada pengalaman hidup.

"Perbezaan umur bukan masalah, ia hanya perbezaan pengalaman sahaja. Cuma tentang anak itu perlu juga difikirkan," jelasnya.

Kredit foto: Instagram Ahya Rosli
Sumber berita: Mstar
Previous
Next Post »
loading...