SEMALAM, pelakon Norkhiriah telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akui berasa malu apabila menonton lakonannya ketika belum bertudung yang masih disiarkan di stesen televisyen.
Baca: “Saya Malu Tonton Lakonan Zaman Belum Berhijab”
Namun, bagi penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq Mohd Idris, Khiriah tidak lagi menanggung dosanya sebelum bertaubat walaupun lakonannya masih disiarkan oleh mana-mana stesen televisyen tempatan.
“Bahagian pelakon itu sudah selesai selepas dia bertaubat. Dosa dia tidak menutup aurat yang disiarkan semula dalam drama lakonannya tidak pergi semula kepadanya.
“Bukan dia yang minta cerita itu dikeluarkan, malah menyesal dengan perbuatan dilakukan,” katanya dipetik daripada mStar Online.
Tambah
Dalam masa yang sama, Safwan turut sempat mengingatkan kepada semua selebriti agar tidak lagi mempromosikan mana-mana lakonan mereka sebelum berhijrah.
Hal ini kerana ia bagaikan menggalakkan penonton agar melihat aurat mereka yang dahulu walaupun kini mereka sudah berubah.
“Perkara itu sudah lepas dan tiada dosa, namun begitu dia tidak boleh mempromosi dan galakkan orang untuk menonton semula drama itu,” ujarnya lagi ketika diminta mengulas berkaitan isu Norkhiriah.
Bagaimanapun, perkara seperti itu bagaikan tiada penghujungnya jika stesen teevisyen sendiri yang tidak mahu mengambil apa-apa tindakan demi menjaga sensitiviti mana-mana selebriti. – MYNEWSHUB.CC/AH

Juruteknik Ditemui Lemas Selepas Terjatuh Sungai ...

Whatsapp Secara Rasmi Perkenal Ciri Tambah Muzik P ...

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Samp ...

Pemergian Ibu, Kehilangan Besar Scha Al Yahya S ...