loading...

5 Sisi Gelap Silicon Valley Yang Ramai Tidak Tahu

Apabila membaca berita atau info-info terbaru mengenai teknologi, kita tidak dapat lari daripada perkataan "Silicon Valley". Apakah itu Silicon Valley? Ia adalah sebuah tempat di bahagian selatan teluk San Francisco.

Perkataan "silicon" itu merujuk kepada banyaknya pencipta dan kilang penghasilan cip silicon yang terdapat di kawasan ini. Kini, kawasan Silicon Valley menjadi tumpuan syarikat-syarikat teknologi dunia dan antara syarikat yang mempunyai ibu pejabat disini termasuklah Apple, Tesla, Adobe Systems, eBay dan Facebook.

silicon valley

Silicon Valley juga menempatkan beribu-ribu startup dan sehingga 2013 sahaja, terdapat kira-kira suku juta pekerja di kawasan ini. Dalam kata lain, sekiranya anda bekerja dalam bidang teknologi, Silicon Valley adalah satu syurga dunia teknologi yang ingin dilawati. Dapat bekerja di kawasan Silicon Valley ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Walaupun Silicon Valley merupakan satu kawasan yang maju dan kelihatan sempurna, tidak ramai yang tahu rahsia dan sisi gelap kawasan Silicon Valley ini. Berikut adalah antara beberapa kekuarangan, keburukan atau masalah yang sebenarnya wujud di kawasan ini yang diceritakan oleh mereka yang membesar, menetap atau pernah bekerja disini:

1. Persaingan bermula dalam usia yang sangat muda

persaingan antara kana kanak

Oleh kerana ibu bapa yang bekerja di kawasan ini bekerja dalam suasana kerja yang kompetitif dan saling bersaing, maka anak-anak mereka biasanya diletakkan harapan untuk berjaya daripada rakan-rakan mereka. Kebiasaannya kanak-kanak yang berusia 7 tahun sudah dihantar ke kelas berenang, bermain piano, violin dan banyak lagi.

Selain itu, ibu bapa juga biasanya akan memastikan anak-anak mereka belajar awal mata pelajaran untuk peperiksaan SAT walaupun mereka belum memasuki sekolah pengajian tinggi. SAT merupakan satu peperiksaan di Amerika Syarikat untuk kemasukan ke universiti.

2. Dikelilingi orang-orang yang sombong

konvokasi

Kerana tekanan untuk menjadi seorang yang hebat, maka pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka atau hanya kolej komuniti akan dipandang mereka. Anak-anak juga biasanya akan berbangga mengenai taraf pendidikan PhD ibu bapa mereka.

Memandangkan Silicon Valley merupakan pusat teknologi terkenal dunia, maka sesiapa yang tidak bekerja dalam bidang teknologi juga akan dipandang rendah. Kebanyakan penduduk disini mempunyai mitologi atau kepercayaan bahawa teknologi adalah segala-galanya dalam hidup mereka.

3. Kewujudan banyak mentor palsu

mentor

Dengan wujudnya startup di kawasan ini, maka wujud juga golongan manusia yang mengiktiraf diri mereka seorang mentor bagi membimbing startup-startup ini. Mentor-mentor palsu ini biasanya hanya inginkan ekuiti atau bahagian daripada startup dan mahukan keuntungan secara pasif.

Kebanyakan mentor palsu ini juga dikatakan akan menjadi mentor kepada banyak startup dalam satu-satu masa. Strategi mereka ini mudah. Sekiranya mana-mana startup yang dibimbing ini berjaya seperti Instagram, mereka sedikit sebanyak juga akan mendapat tempias keuntungan dan populariti.

4. Tiada masa untuk keluarga

tiada masa bersama keluarga 67

Di Silicon Valley, bukan sahaja ibu bapa yang sibuk dengan kerja di pejabat. Malah, anak-anak mereka turut mempunyai jadual waktu yang ketat daripada pagi sehingga malam. Jadual persekolahan ditambah lagi beberapa kelas tambahan yang diambil di luar waktu kelas menjadikan kanak-kanak seperti seorang robot.

Anak-anak yang membesar di Silicon Valley juga biasanya tidak dapat meniktmati cuti musim panas yang panjang kerana kebiasaannya mereka akan dihantar ke kelas-kelas kemahiran dan kem cuti musim panas.

5. Kawasan yang sangat bertoksik dan tercemar

kawasan superfund

Kawasan yang dipenuhi kilang-kilang membuat cip semikonduktor ini sememangnya mempunyai masalah pencemaran yang serius. Silicon Valley juga mempunyai banyak kilang yang diklasifikasikan sebagai Superfund kerana tahap pencemaran yang serius. Superfund adalah satu program di Amerika Syarikat dimana pihak kerajaan akan membantu dan memberi bantuan kewangan terhadap kilang-kilang yang mempunyai pencemaran teruk ini untuk memulihara dan membersihkan kawasan yang tercemar.

Selain itu, pihak Environmental Protection Agency (EPA) turut menyatakan bahawa udara di sesetengah kawasan di Silicon Valley mempunyai kandungan trichloroethene (TCE) yang tinggi melebihi had yang dibenarkan. TCE ini sangat merbahaya kerana ianya mempunyai ciri karsinogen yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kanser.

Kandungan TCE yang tinggi ini dipercayai berlaku ketika zaman kegemilangan syarikat-syarikat semikondukter disini seperti Fairchild Semiconductor Corp., Intel Corp., Raytheon Co. dan NEC Electronics yang menggunakan bahan TCE ini dalam proses menghasilkan produk mereka.

Kredit:

  1. Business Insider
  2. Huffington Post
  3. WikiPedia
  4. Chicago Tribune
Previous
Next Post »
loading...