loading...

LLM Nafi Tutup Lebuh Raya Untuk Mesyuarat PPBM

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan penyebaran maklumat di media sosial supaya orang ramai tidak menggunakan Lebuhraya Elite hari ini bagi mengelakkkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Ismail Md. Salleh berkata, maklumat yang disebarkan itu palsu kerana agensi tersebut tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“LLM menafikan sekeras-kerasnya kenyataan palsu yang telah tular di media sosial dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“LLM tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan dimaklumkan tiada pegawai bernama Mohd. Faisal Yunus berkhidmat di LLM,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Satu maklumat peringatan yang ditandangani Penolong Pengarah Perhubungan Awam LLM, Mohd. Faisal Yunus disebarkan oleh orang ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Maklumat peringatan itu meminta orang ramai supaya tidak menggunakan Lebuhraya Elite hari ini kononnya atas arahan LLM.

Arahan itu dipercayai sengaja disebarkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada Mesyuarat Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, Selangor. – MYNEWSHUB.CC

Previous
Next Post »
loading...