loading...

Tak Mahu Jaja Kisah Cinta, Wany Jaga Hati Ibu

DIKATAKAN bercinta dengan Tajul Arif, Wany Hasrita mohon agar peminat berhenti menyebar khabar angin berkenaan demi menjaga hati ibunya.

Baca: “Kalau Nak ‘Tackle’ Wany, Kena Datang Jumpa Ibu”

Juga: ‘Melamar Rindu’, Bukan Luahan Tajul Buat Wany

Bagi Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 25, atau Wany Hasrita memberitahu bahawa dia berasa agak tidak selesa apabila namanya sering dikaitkan dengan penyanyi berkenaan walhal ianya tidak benar sama sekali.

“Saya sangat menghormati perasaan ibu saya dan tidak mahu hatinya terus terguris dengan gosip cinta mengaitkan saya dan Tajul.

“Ditambah, saya anak tunggal dan muncul pula membina karier nyanyian ini dengan imej bertudung,” katnya dipetik  daripada Harian Metro.

Bagi Wany, ibunya, Norita Jaafar, 46, bagaikan rakan baiknya sendiri yang sering bersama-sama dengannya walau ke mana sekalipun.

Malah, jika berita seperti itu timbul, ianya mungkin akan mengguris hati ibunya sekaligus merosakkan imej Wany sebagai seorang penyanyi yang berhijab.

“Jadi, memang kurang manis juga pada permulaan karier seni saya yang masih hijau ini apabila terus dipalit dengan gosip cinta,” ujarnya yang baru sahaja menamatkan pengajian di MSU Shah Alam.

Penyanyi yang dikenali dengan lagu menahan Menahan Rindu itu mengakui bahawa hubungannya dengan Tajul yang juga merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin itu hanya sekadar kawan sahaja.

“Kami memang tidak bercinta pun. Tetapi, banyak pula gosip cinta kami yang timbul. Ia sangat membuatkan saya tidak selesa.

“Apatah lagi, saya kini mahu fokus pada karier kerana langkah pun baru bermula. Perjalanan saya masih jauh,” ujarnya yang kini semakin dikenali menerusi single keduanya iaitu Rintihan Rindu.

Dalam masa yang sama, Wany turut mengukuhkan alasannya itu dengan mencapai hasrat bagi mengukuhkan nama dan membuktikan bakatnya terlebih dahulu.

Bagus juga Wany kalau macam tu. Fokus pada kerjaya dulu, soal jodoh tu tolak, dulu lagi pula pasti ramai yang sanggup tunggu Wany kan.

“Ditambah, saya pun sebenarnya belum terfikir untuk bercinta kerana banyak impian yang hendak dicapai dalam karier. Saya ingin berjaya,” tambahnya yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

Selepas lagu Menahan Rindu, Wany muncul pula dengan single duetnya bersama Tajul degan tajuk lagunya Disana Cinta Disini Rindu.

Disebabkan gandingan mereka menerusi lagu tersebut, ramai peminat membuat spekulasi bahawa mereka sedang bercinta lagi-lagi apabila mereka berdua telah bernaung di bawah syarikat yang sama iaitu Fantasia Music City (FMC).

Soal jodoh ni lebih baik diserahkan kepada Allah S.W.T sahaja. Dalam usia muda ni pasti banyak lagi yang sedang ingin dicapai oleh Wany kan. Jadi tak perlu pening kepala nak fikir pasal jodoh okay Wany! – MYNEWSHUB.CC/AH

Previous
Next Post »
loading...