loading...

Berat Turun 27kg, Siti Sarah Kongsi Tips Kurus Berkesan

Jika anda ikuti perkembangan penyanyi bersuara lantang, Siti Sarah Raisuddin, pasti anda tahu bahawa sebelum ini Siti Sarah pernah mengalami kenaikan berat badan sehingga 70kg selepas melahirkan anak.

Sekarang ni Siti Sarah tampil langsing dan makin cantik macam anak dara. Walaupun sibuk uruskan suami dan anak, Siti Sarah tetap pentingkan penampilan untuk nampak cantik di mata suami.

Mesti ramai nak tahu apa rahsia sampai berat badan turun mendadak dan miliki badan langsing seperti sekarang.

1. Jaga pemakanan & kurangkan pengambilan tepung gandum

Jawapan Sarah, paling penting adalah menjaga pemakanan. Sarah tidak percaya pada acara diet yang menolak karbohidrat, buah atau apa-apa yang boleh untuk dimakan. Sarah masih ambil nasi setiap hari. Cuma Sarah kurangkan pengambilan tepung gandum.


2. Makan dengan kuantiti sedikit

Menurut Sarah, dia seorang yang suka makan, jadi dia perlu latih diri. Makan secara kerap tidak mengapa tetapi jangan makan banyak pada satu waktu. Latih perut untuk menerima kuantiti makanan yang bertepatan sahaja.

3. Makan nasi sebesar penumbuk

Untuk sarapan Sarah kisar buah naga, baby spinach dan pisang. Tengah hari Sarah makan nasi seperti biasa bersama lauk-pauk seperti ikan goreng dan sayur- sayuran.

Manakala, untuk makan malan, Sarah masih mengambil nasi seperti makan tengah hari tadi. Kuantiti nasi, cukuplah sebesar penumbuk. Jika lapar, ulang makan lagi. Tidak mengapa.

4. Untuk ibu-ibu lepas bersalin jaga pantang

Jika anda perasan, Siti Sarah lebih cantik lepas berkahwin. Apa rahsianya? Katanya, ianya kerana penjagaan yang baik ketika berpantang selepas melahirkan anak.

Kata orang, seseorang perempuan itu jika mahu melakukan transformasi diri, lakukan ketika tempoh berpantang.Sarah mengamalkan proses berpantang cara Melayu yang betul.

5. Amalkan jamu

Walaupun masih muda, Sarah sangat sukakan jamu. Sarah akan rebus sendiri bahan-bahan jamu seperti kecur, temu kunci, ibu kunyit, halia, manjakani, halba dan sebagainya.

Sarah akan minum air rebusan itu seminggu sekali atau menjadikan bahan-bahan itu sebagai sauna. Tubuh akan rasa segar, ringan dan bertenaga selepas itu.

Sumber: Intrend



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...