Entah di mana silapnya, penyanyi Sufian Suhaimi menjelaskan bahawa dia tidak dapat mengikuti (follow) akaun Instagram tunangnya iaitu Elfira Loy. Malah perkara tersebut turut terjadi kepada akaun Elfira.
BACA: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Mahu Kurang Berjumpa
“Saya sendiri tidak tahu macam mana saya dan Elfira tidak mengikuti laman Instagram masing-masing. Secara tiba-tiba saya tengok dah tak follow. Dah banyak kali kami cuba untuk ikuti semula namun tidak berjaya”
“Saya tak tahu
Sufian dalam masa yang sama menjelaskan bahawa ketika ini dia Elfira tidak berhadapan dengan masalah di dalam hubungan walaupun telah lama tidak berjumpa namun mereka lebih banyak berurusan melalui telefon.
“Memang saya akui kami ada lalui ujian pertunangan seperti orang lain. Tapi ia bukan berpunca daripada saya atau Elfira. Tapi daripada orang di sekeliling kami sendiri. Saya harap semua doa yang baik-baik buat kami berdua,” jelas Sufian yang turut mengakui kini mereka sibuk membuat persiapan pernikahan. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Pertukaran Tarikh Perlawanan Akhir Piala Malaysia, ...

Video Raya Iwk, Bunyi Sahur Menyentuh Hati.. Ingat ...

Makluman: 50% Diskaun Bayaran Tol Sempena Hari Ray ...

Dalang Curi Seluar Dalam Dikenal Pasti ...