loading...

Sepandai-Pandai Suami Melompat, Akhirnya Jatuh Terbongkang Jua

Sepasang suami isteri dan anak mereka yang bercadang melancong ke Bali terpaksa melupakan hasrat itu apabila ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.’

Keluarga warganegara Iran yang merancang percutian mereka ke Bali menaiki penerbangan The Qatar Airways dari Doha dan sedang menuju ke Indonesia.

Penerbangan yang jauh dengan persekitaran dalam kapalterbang yang selesa membuat si suami terlelap.

Semasa melalui ruang udara India, tiba-tiba si isteri tergerak hati untuk memeriksa handphone suaminya yang dikunci menggunakan cap jari.

Dengan berhati-hati dia melekatkan ibu jari si suami yang sedang lena pada handphone. Sebaik handphone suaminya terbuka, segalanya terbongkar! Belang dan miang si suami terpapar satu demi satu pada paparan skrin handphone. Rupanya selama ini dia bermain kayu tiga di belakangnya!

Isteri mana yang tidak marah kalau dikhianati seperti itu. Suasana yang pada mulanya aman dan santai bertukar jadi medan perang suami isteri. Penumpang lain turut menjadi kalut dan cemas melihat amarah si isteri terhadap suaminya.

Wanita kalau amarahnya sudah meletup, sangat sukar dibendung. Kakitangan penerbangan pun tidak mampu meredakan kemarahan si isteri. Kapten kapal tidak punya pilihan, mereka terpaksa mengambil keputusan mendarat kecemasan di Lapangan Terbang Chennai India.

Tiga beranak ini terpaksa dikeluarkan dari kapalterbang dan ditahan di Pusat Tahanan Lapangan terbang Chennai kerana mereka tidak memiliki Visa India.

“Keluarga ini terpaksa menghabiskan masa sepanjang hari di Lapangan Terbang Chennai, sebelum dihantar ke Kuala Lumpur melalui penerbangan Batik Air. Tidak ada laporan polis dibuat terhadap mereka” kata seorang jurucakap Qatar Airways.

“Identiti mereka dirahsiakan sebagai menghormati hak pelanggan,” ujarnya lagi.

Jadi buat para suami jangan khianati kepercayaan isteri. Kalau terbongkar buruk padahnya. Walaupun kudrat wanita lemah, tapi kalau sudah meletup satu dunia huru-hara! Sila hadam!  😀

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...