Di Malaysia ia dikenali sebagai berkhatan. Tapi di Filipina ia dipanggil pukpok. Dalam budaya masyarakat Filipina, pukpok akan dilalui oleh kanak-kanak lelaki seawal usia 5 tahun sebagai ritual untuk menuju kedewasaan.
Walaupun berkhatan dan pukpok mempunyai persamaan iaitu memotong kulup pada kemaluan kanak-kanak lelaki, tapi caranya berbeza. Kalau dalam budaya masyarakat melayu, sebelum dikhatankan, kanak-kanak dilayan seperti raja.
Tetapi berbeza dengan pukpok, tidak ada acara keramaian, bahkan kanak-kanak yang di’pukpok’kan sekadar disuruh mandi di sungai atau laut untuk melembutkan kulit mereka.
Selesai mandi, badan dikeringkan dan disuruh berpakaian seluar baju seperti biasa.
Selepas itu, mereka disuruh mengunyah daun guava untuk mengurangkan rasa sakit. Proses memotong kulup tidak dilakukan di dalam rumah, sebaliknya dilakukan di halaman tanpa sebarang alas.
Sibukan yang terbuat dari ranting pokok dipacakkan di atas tanah. Kanak-kanak yang sudah mandi dan mengunyah daun guava kemudian duduk mengadap ‘tok mudim’. Kulupnya ditarik dan ditekan atas sibukan, kemudian pisau diletak atas kulup lalu diketuk dengan kayu sehingga kulup terpotong.
Comments
comments