Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perselisihan faham dalam rumahtangga memang sudah menjadi lumrah dan asam garam kehidupan. Tetapi kadang-kadang perselisihan boleh saja menimbulkan kekalutan kalau tidak ditangani dengan bijak.
Misalnya di China sepasang suami isteri yang kedua-duanya juara dalam sukan seni bela diri telah berselisih faham.
Si suami merupakan juara kickboxing sementara itu isterinya juara taekwando telah bertengkar pada lewat tengah malam.
Walaupun kedua-duanya mempunyai kemahiran bertarung, tapi mereka cukup professional tidak menggunakan kemahiran masing-masing.
Sebaliknya si suami telah menelan medal kejuaraan taekwando isterinya sebagai cara menunjukkan kemarahannya.
Akibatnya medal tersebut tersangkut di bahagian bawah salur esofagusnya sehingga menimbulkan rasa sakit dalam perut.
Tindakannya berjaya menamatkan persengketaan mereka, tetapi dia terpaksa dikejarkan ke unit rawatan kecemasan Hospital Universiti Xian Jiatong.
Dia bernasib baik kerana medal isterinya berjaya dikeluarkan.
Apabila ditanya mengapa dia nekad menelan medal tersebut, ini jawapan yang diberikannya: “Saya cuba sedaya upaya untuk mengelak pergaduhan fizikal dengan isteri. Jadi saya telan medalnya,” ujarnya.
Tindakan menelan medal memang bodoh, tapi mengelak untuk memukul isteri memang sifat yang baik.
Comments
comments