loading...

56 Ditahan Operasi Banteras Judi Dalam Talian

KUALA LUMPUR – Polis menahan 56 lelaki dalam 18 serbuan Op Dadu di sekitar Lembah Klang sejak 18 Okt lepas hingga semalam kerana disyaki terlibat dengan perjudian secara dalam talian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata 18 daripadanya adalah penjaga premis, sembilan pembantu kedai, 27 pemain dan dua penonton. Mereka berusia antara 20 hingga 62 tahun.

Turut dirampas 44 tablet, 32 telefon bimbit, empat komputer riba, 12 modem Wifi dan wang berjumlah RM8,178.

Beliau berkata sindiket di sebalik kegiatan itu masih mencuba membuka premis perjudian disebabkan permintaan pelanggan tegar.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pencegahan Jenayah (Poca),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...