Aktor kacak itu akan mengadakan persembahan sempena Da Bang The Tour Live in Malaysia dengan beberapa penyanyi dan pelakon popular lain.

Antara artis yang akan turut serta memeriahkan konsert tersebut ialah Prabhu Deva, Tamannaah, Bipasha Basu, Badshaah, Manish Paul dan Daisy Shah yang pernah berlakon dengan Salman dalam filem Jai Ho.

Konsert anjuran GHC Solution Sdn. Bhd., akan memulakan persembahan di Kuala Lumpur sebelum menjelajah ke Hong Kong, Australia dan New Zealand.

Bagi yang berminat untuk menonton konsert yang berdurasi tiga jam itu boleh mendapat tiket-tiket yang berharga antara RM111 hingga RM2,222 di redtix.airasia.com. – Utusan