PUTRAJAYA – Keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) meminta Korea Utara menyediakan gelanggang berkecuali untuk aksi menentang Malaysia sebagai lokasi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 adalah tepat dan adil.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia juga akan bermain di gelanggang berkecuali untuk perlawanan timbal balik nanti.
“Itu memang keputusan tepat dan adil. Apa yang diharap keputusan yang dibuat AFC tidak akan mengganggu tarikh perlawanan lain,” katanya.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani penajaan antara Westports Malaysia Sdn Bhd dan PRG Holdings Berhad dengan Persatuan Bola
Pada Rabu, AFC mengumumkan tarikh baharu perlawanan pembukaan Kumpulan B itu akan dilangsungkan pada 8 Jun berbanding jadual asal pada 28 Mac ini.
AFC juga meminta Korea Utara menyediakan gelanggang berkecuali pilihan mereka dalam tempoh sebulan sehingga 14 April ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini memohon kepada AFC untuk menukar gelanggang perlawanan di Korea Utara pada 28 Mac ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara Pyongyang dan Kuala Lumpur sebelum AFC bertindak menunda tarikh pertemuan itu.-Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Harga Konsol, Alat Kawalan Xbox Naik Mendadak ...

Pusat 3s Mitsubishi Motors Mula Operasi Di Kajang ...

Inilah Laptop Pertama Di Dunia Terbina Dengan Mesi ...

Khaled Anggap Pas Belum Move On Dari Dap Memb ...