loading...

Tunggu Pengumuman Rasmi KPDNKK

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta orang ramai serta pengusaha stesen minyak bersabar mengenai penetapan harga siling petrol.

Ketua Komunikasi Korporat, Aktar Sahari menerusi khidmat pesanan ringkas berkata, perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Tunggu pengumuman rasmi,” katanya kepada Sinar Online.
Isu harga siling petrol ini dilihat memberi tekanan kepada pengusaha stesen minyak biarpun KPDNKK memberi jaminan pengguna akan mendapat manfaat terhadap harga yang akan dikeluarkan setiap minggu.

Terdahulu, KPDNKK menerusi menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.

Katanya, kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar tersebut melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

Sementara itu, mengulas perkara tersebut, persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) masih menunggu jawapan akhir apakah mekanisme yang akan digunakan oleh pengusaha dalam penetapan harga siling minyak petrol.

Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, sehingga kini, pihaknya belum mendapat jawapan muktamad berhubung perkara tersebut.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani pula berkata, pengenalan harga siling mingguan bagi minyak petrol dan diesel akan memberikan pengguna trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga siling bulanan yang dilaksanakan ketika ini

Melalui cara ini, ia mudah untuk pantau naik turun harga minyak mentah ini.
Selain itu, tujuan pengumuman ini juga adalah supaya harganya tidak dapat naik secara mendadak, jika tunggu sebulan mungkin boleh naik sehingga 20 hingga 25 sen jadi susah untuk kawal harga.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...