loading...

Kopi Najis Gajah Jadi Kegilaan

 

CHIANG MAI – Sebuah kem yang menempatkan gajah di Chiang Mai Thailand mengeluarkan sejenis kopi eksotik dihasilkan daripada kumuhan haiwan itu dan dijual dengan harga lebih US$1,000 sekilogram atau US$30 (RM132.90) secawan.

Terletak di pergunungan wilayah Mae Tang di utara Thailand, hasil kumuhan sekawan gajah di kem itu menghasilkan kopi yang lembut dan penuh berperisa.

Pemilik kem Boontha Chailert berkata, kebaikan biji kopi yang dijadikan makanan gajah mampu menghasilkan “secawan kopi lembut dan beraroma”.

Hanya gajah sihat sahaja diberikan biji kopi itu yang mengambil masa tiga hari untuk dicernakan, katanya.

Biji kopi dihasilkan daripada kumuhan akan dikutip dengan tangan sebelum menjalani proses pengeringan selama lapan bulan.

Terdapat tiga jenis kopi dihasilkan iaitu ringan, sederhana dan kuat.

Boontha berkata sejak menjalankan perniagaan setahun lepas permintaan terhadap kopi berkenaan semakin meningkat.

Apa yang membuat keunikan kopi itu ialah hasil daripada tindak balas dalam usus gajah.

Tidak seperti kopi civet atau kopi luwak, kopi gajah dihasilkan menerusi proses pemakanan gajah yang mengamalkan kandungan diet sayuran seperti buah-buahan dan tebu. — Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...