loading...

Kuota Haji Malaysia Ditambah, Tanda Kukuhnya Hubungan Malaysia-Arab Saudi

Syukur apabila kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 berbanding 27,900 orang. Januari lalu, kuota haji Malaysia telah dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 sejak 2013. Ia disahkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Nampaknya perbincangan yang diadakan semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini telah membawa kepada perkhabaran gembira itu.

Ternyata lawatan baginda membawa banyak manfaat kepada negara termasuk daripada aspek pelaburan.

Selain penambahan kuota haji, perjanjian turut diikat antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Saudi Aramco yang bernilai RM31 bilion.

Ternyata hubungan baik yang terjalin antara Arab Saudi dengan Malaysia, di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberikan kestabilan ekonomi bukan hanya kepada negara malah di rantau ini.

Pada masa yang sama ia boleh menghalang elemen elemen ekstremis dan golongan pelampau daripada berkembang.

Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad memperlekehkan kehadiran Raja Salman ke negara ini, namun ternyata kehadiran baginda mencerminkan pengaruh Najib di negara Arab.

Malah kehadiran Raja Salman bersama dengan jumlah delegasi yang besar itu turut menutup mulut pembangkang yang menyerang Perdana Menteri tanpa henti mengenai isu-isu melibatkan 1MDB dan sumbangan politik berjumlah RM2.6 bilion.

Yang pasti ia adalah pencapaian besar Najib dalam bidang ekonomi selepas berjaya mendapat pelaburan bernilai RM140 bilion ketika lawatannya ke China sebelum ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...