Jika sebelum ini pernikahan Zarina Anjoulie menjadi tanda tanya di kalangan peminat, kini pelakon yang sering terpalit dengan kontroversi satu ketika dahulu mengakui bahawa dia sudah pun bercerai dengan suaminya, Mohd Ilham Syazwan yang berasal dari Brunei.
BACA: Zarina Anjoulie Kini Sudah Berpisah Dengan Suami?
Mengambil keputusan untuk berpisah cara baik pada Disember tahun lalu (2016), Zarina turut berkongsi cerita kepada Harian Metro bagaimana mereka berkenalan dan seterusnya membina kehidupan berkeluarga bersama.
“Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak”
“Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” jelasnya yang mengakui mengharapkan yang terbaik melalui perkahwinannya itu.
Namun, Zarina akui, dirinya memerlukan seorang lelaki bergelar suami untuk meneruskan kehidupan bersama sama. Ketika ini, Zarina sedang giat menjalankan perniagaan produk kecantikan jenamanya sendiri.
“Saya sukakan institusi perkahwinan kerana dapat mengelakkan kita dari melakukan dosa. Saya kasihankan anak saya yang membesar tanpa bapa di sisinya. Sebagai wanita yang pernah berkahwin, tentunya saya perlukan kehadiran seorang lelaki bergelar suami untuk berkongsi hidup,” katanya. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW