loading...

‘Saya Hanya Wakili Pengundi Padang Rengas’

KUALA LUMPUR – “Saya hanya mewakili pengundi Padang Rengas,” demikian kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mohamed Nazri berkata demikian bagi mengulas persetujuannya mengenai dialog antara beliau dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai beberapa isu hangat yang akan diadakan pada 25 Mac ini di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Padang Rengas.

Tegasnya lagi, beliau bukan tampil untuk mewakili Umno, BN mahupun kerajaan.
“Terpulang kepada masing-masing, tapi apa yang saya tahu saya cuma mewakili pengundi Padang Rengas sahaja,” katanya di Lobi Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri turut mengulas dakwaan beliau mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, itu sudah tentu sebab beliau seorang menteri dan perdana menteri yang melantiknya.

“Maka, ke mana saya pergi saya tidak boleh lari dari hakikat bahawa saya adalah ahli parlimen BN dan juga ahli Jemaah Menteri,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan Program Dialog Mahathir vs Nazri, beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas dengan ringkas menjelaskan, setakat ini semua proses berjalan lancar.
Idea mengadakan dialog ini tercetus apabila Mohamed Nazri dan Mahathir saling ‘perang mulut’ di media sosial dan Mahathir mencabar menteri itu berbahas dalam pelbagai isu.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...