Menyambut ulangtahun kelahirannya pada 17 Mac lalu, Ayda Jebat tidak mempunyai impian peribadi untuknya tetapi berhasrat untuk menghantar ibunya yang tersayang untuk mengerjakan ibadah haji. Jelasnya lagi, jika difikirkan soal peribadi pula, hidupnya kini sudah sempurna.
BACA: Ayda Jebat Gedik Sangat Dalam Video Klip Ala K-Pop?
“Bersempena hari lahir saya, tiada sebarang cita-cita atau harapan persendirian yang saya letakkan. Secara individu, semua sudah ada dan baik-baik sahaja sekarang”
“Saya hanya mahu bekerja dengan lebih kuat dan memberikan kualiti kerja yang bagus agar peminat saya gembira. Selain itu, saya mahu menghantar ibu ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Haji,” katanya kepada Astro Gempak.
Jika tahun lalu, Ayda telah berjaya membolot tiga anugerah dan dinobotkan sebagai Personaliti Sensasi Melodi, tahun ini pula Ayda terus sukses apabila tersenarai di dalam beberapa kategori Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017). Apapun semoga hasrat Ayda akan tercapai dan dimurahkan lagi rezeki di masa akan datang. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW