loading...

Kapal Ronda Generasi Baharu Pertama Dinamakan ‘KM Bagan Datuk’ -PM

PELABUHAN KLANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menamakan kapal ronda generasi baharu pertama milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebagai ‘KM Bagan Datuk’ di Limbungan Destini Sdn. Bhd. di sini.

KM Bagan Datuk, kapal pertama daripada enam yang dibina oleh syarikat perkapalan tempatan, Destini, untuk Maritim Malaysia, dirasmikan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Pembinaan KM Bagan Datuk bermula pada Disember 2015 selepas syarikat itu diberi kontrak membina enam kapal peronda bernilai RM381.3 juta,

Kesemua enam kapal peronda itu akan diserahkan kepada Maritim Malaysia secara berperingkat mulai akhir Disember 2016 dan yang terakhir dijadual sebelum Jun 2018.

Kapal peronda, yang berukuran 44.25 meter itu dan merupakan aset paling canggih milik Maritim Malaysia, direka untuk misi mencari dan menyelamat, pemantauan dan operasi memadam kebakaran.

Dilengkapkan dengan dua enjin MTU berkuasa 1,920 kilowatt (kW), kapal tersebut boleh mencapai kelajuan 24 knot serta boleh menempatkan sehingga 41 anak kapal.

Kapal tersebut juga dilengkapi dengan sistem senjata meriam berukuran 30 milimeter (mm), sistem radar canggih serta pesawat tanpa pemandu (UAV).-Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...