loading...

Che Ta: Saya Bukan ‘Jual’ Aaisyah

Tidak dapat dinafikan, rezeki Aaisyah Dhia Rana ibarat melimpah ruah namun sebagai ibu, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia ibarat ‘menjual’ Aaisyah.

BACA: Che Ta Hadiah Rantai Leher Berlian Untuk Aaisyah

“Bagi saya, Aaisyah sangat bernasib baik kerana rezekinya cukup murah dan mendapat tawaran program realiti sendiri. Ini rezeki dia, setiap bayaran yang diperoleh, saya tidak pernah gunakan, sebaliknya dijadikan simpanan masa depannya”

“Saya bukannya orang susah sampai perlu jual anak untuk hidup senang. Sebagai ibu, saya tidak tergamak untuk mengambil wang anak. Saya pegang prinsip, anak hidup bergantung pada ibu bapa dan bukan sebaliknya,” jelas pelakon wanita ini kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, tidak lama lagi Aaisyah bakal muncul dalam program realitinya sendiri dan sehubungan dengan itu, Che Ta yang sudah lali dengan kecaman menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu fokus terhadap kata kata orang. Apa yang lebih baik baginya adalah fokus ke arah kehidupan yang lebih cemerlang. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...