loading...

Malaysia Akan Berunding Korea Utara Bila Tiba Masanya – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia akan melakukan rundingan secara rasmi dengan Korea Utara berhubung sembilan rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari negara itu, bila sampai masanya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun perdana menteri tidak menyatakan secara terperinci mengenai perkara itu termasuk tarikh untuk mengadakan rundingan.

Beliau berkata kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan semasa rundingan Kuala Lumpur-Pyongyang mengenai perkara itu, di lobi Parlimen.

Beliau turut mengulangi bahawa keselamatan semua rakyat Malaysia itu terjamin dan pihak di sini tidak perlu bimbang.

Ditanya lanjut sama ada pada masa ini Malaysia menjalankan rundingan secara tidak rasmi dengan Korea Utara di sini, Datuk Seri Najib enggan mengulas.

Beliau juga tidak memberi jawapan ketika ditanya sama ada Malaysia akan melakukan pertukaran antara suspek pembunuhan Kim Jong-nam yang masih berada di negara ini dengan rakyat Malaysia di sana. – Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...