loading...

Lawatan Raja Salman Lenyapkan Tuduhan Palsu Malaysia Negara Gagal – PM

KUALA LUMPUR – Lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini melenyapkan tuduhan palsu pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa Malaysia kononnya negara gagal, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata lawatan yang mempunyai kepentingan dari pelbagai sudut itu, nyata membuktikan maklumat salah mengenai Malaysia yang disampaikan kepada kerajaan Arab Saudi, adalah tidak berasas.

Katanya lawatan Raja Salman amat signifikan dari pelbagai sudut, iaitu ia merupakan pengiktirafan terhadap Malaysia yang terpilih sebagai negara pertama (di Asia Tenggara) yang baginda lawati.

Beliau berkata pada sesi pertanyaan menteri, dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yangingin tahu impak dan kepentingan lawatan Raja Arab Saudi itu ke Malaysia, baru-baru ini.

Menurut beliau, semasa lawatan itu sebanyak tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara pihak swasta Malaysia dan Arab Saudi telah dimeterai, melibatkan potensi perdagangan dan pelaburan merentas sempadan yang bernilai RM9.75 bilion.

Datuk Seri Najib menegaskan bahawa kemuncak lawatan itu adalah pelaburan ekuiti yang membabitkan syarikat minyak kedua-dua buah negara iaitu Petronas dan Saudi Aramco bagi penyertaan Aramco dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (RAPID).

Beliau yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata hasil lawatan itu juga, RajaSalman telah berkenan menambah kuota haji, jemaah Malaysia.

Selain itu, katanya, baginda juga akan mempertimbangkan secara mendalam permohonan Malaysia untuk menyewa tanah, bagi tujuan pembinaan kompleks penginapan untuk kemudahan jemaah Haji Malaysia, pada masa hadapan.

Datuk Seri Najib berkata Raja Salman juga menaruh keyakinan penuh terhadap kestabilan politik dan ekonomi Malaysia, sekaligus meletakkan hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi berada pada kedudukan terbaik, serta tahap yang tertinggi.-Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...