loading...

Sekitar Sambutan Romantis Birthday Memey Suhaiza

Nampaknya Norman Hakim baru baru ini telah membuat kejutan yang sangat romantis baru baru ini kepada isterinya, Memey Suhaiza, siap bawa naik helikopter lagi. Perkongsian gambar di Instagram tersebut ternyata membuatkan peminat juga terharu.

BACA: Gambar Sambutan Hari Lahir Memey Suhaiza Yang Ke 28

Tanggal 25 Mac merupakan ulangtahun kelahiran Memey Suhaiza yang ke 29 dan tahun ini Norman Hakim tidak terlepas untuk membuat kejutan kepada isterinya itu tahun sebelumnya.

Ya Allah, jadikanlah isteriku isteri yang sholehah yang selalu patuh pada semua perintah laranganmu, isteri yang bisa membantuku lebih dekat kepadaMu, isteri yang bisa membantuku lebih mencintaiMu, isteri yang selalu patuh kepadaku bila yang aku sampaikan itu benar, isteri yang bisa membawa kedamaian dalam hidupku,” antara luahan Norman dalam caption setiap gambarnya di laman Instagram.

Terharu jugalah baca rangkap kata kata Norman kongsikan di laman sosial tersebut dan apa yang pasti contoh sebegini pastinya membuatkan anak anak Norman turut menghargai bukan sahaja ibu mereka malah kepada insan yang bergelar wanita di luar sana.

Kami kongsikan beberapa lagi gambar sepanjang kejutan birthday tersebut diadakan. Semoga ikatan pasangan bahagia ini akan terus kekal dan dilimpahkan rezeki. (rtky/s)

Gambar Ihsan: The Photolicious



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...