Berdiri di atas kredibiliti usahawan wanita berjaya, Neelofa baru baru ini berkongsi sesi penggambaran bersama majalah Forbes Asia, sebuah majalah berinformasikan perniagaan di rantau ini.
BACA: Neelofa Tidak Setuju Cara Sharnaaz Ahmad
Perkara tersebut sekaligus membuatkan peminatnya kagum malah dalam masa yang sama membuatkan lebih ramai wanita yang mahu turut berjaya sepertinya. Walaupun dalam muatnaik video di Instagram tersebut, Neelofa tidak terlalu bercerita lebih mendalam tentangnya.
Apa yang pasti, kejayaan ini pastinya membuatkan Neelofa untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan. Bagus juga sekali sekala keluar cerita mengenai kejayaan Neelofa berbanding kisah cinta yang sehingga kini masih belum pasti jawapannya.
Apa pun, good luck buat Neelofa dan semoga apa yang diusahakan oleh pelakon dan pengacara wanita ini akan sentiasa mendapat sokongan peminat. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW