loading...

Sampel DNA Anak Jong Nam Diambil Dilokasi Rahsia

 

KUALA LUMPUR – Pengesahan identiti Kim Jong-nam dibuat menerusi sampel DNA anak lelakinya yang diambil di satu lokasi rahsia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sampel itu diperoleh mengikut prosedur forensik yang dilakukan oleh pihak kerajaan di luar negara, namun enggan mendedahkan lokasi negara itu, lapor Bernama.

“Saya sekali lagi ingin mengesahkan mayat tersebut adalah mayat Jong-nam, DNA telah dibawa ke Malaysia dan dibuat perbandingan memang sah Jong-nam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu muka Jong-nam dengan agen saraf VX ketika dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.





lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...